Satu Idea Bernilai Jutaan Dolar

Ketahui apa yang difikirkan oleh Seth Priebatsch dalam menjalankan perniagaan pada usia yang amat muda.

Sumber Kejayaan Jutawan Malaysia!

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Tuesday, April 10, 2012

Berubah Dari Pemimpin Gila Kuasa Kepada Bijak Menguruskan Emosi

Seseorang yang memiliki perniagaan hendaklah menjadi lebih baik seiring dengan kemajuan perniagaannya itu. Mereka adalah pemimpin yang perlu berdepan dengan pelbagai masalah dan situasi dalam perniagaan. Tetapi bukan semuanya adalah seorang yang bijak berkomunikasi dengan orang lain, yang menjadikan perkara ini adalah satu perkara yang amat susah dalam evolusi seorang usahawan.

"Usahawan perlu sentiasa berubah dan bertambah baik seiring dengan peningkatan perniagaannya," kata Ed Hess, penulis buku Grow to Greatness; Smart Growth for Entrepreneurial Business.


Beliau juga yang merupakan seorang professor di Universiti Virginia telah banyak mengkaji perniagaan berdaya maju dan nilai yang biasa dikaitkan dengan pemimpin mereka. Kajiannya menunjukkan apabila sesebuah perniagaan bertambah maju, usahawan yang cemerlang akan melalui beberapa tahap; dari pemilik kepada pengurus kepada pemimpin kepada pakar. Dalam peralihan tahap-tahap tersebut, mereka selalunya perlu menerima kualiti diri yang bertentangan dengan prinsip usahawan buat-cara-saya yang mereka pakai sebelum ini. Inilah yang dinamakan mewakilkan kerja dan kepercayaan.




Professor dan penulis Ed Hess berkata
usahawan perlu belajar untuk mewakilkan
tugas kepada orang lain.
Gambar oleh Casey Templeton.
"Seorang usahawan perlu berpindah dari seorang yang gila kuasa kepada pengurus berwibawa kepada mentor yang bijak dalam menguruskan emosi." dia menegaskan. Walhal amat jarang untuk melihat seorang usahawan bersedia untuk berbuat demikian-terutama sekali untuk mewakilkan kerja kepada orang lain. Seperti seseorang pernah memberitahunya, "Mewakilkan itu bukan satu tindakan natural."

"Pada permulaan, andalah yang melakukan segalanya," dia berkata. "Anda hidup dan bermati-matian untuk tujuan ini. Apabila anda sampai ke tahap mewakilkan kerja kepada orang lain, anda sedar bahawa orang lain tidak akan melakukannya berdasarkan kepada apa yang anda inginkan."

Disitulah kepercayaan memainkan peranan. Bukankah mewakilkan itu bermaksud mempercayai seseorang secara tersirat untuk menyiapkan sesuatu perkara? "Mewakilkan kerja adalah satu perkara emosional," akui Hess. "Macamana anda dapat mempercayai seseorang untuk menjaga sesuatu yang anda sangat sayangi?"

Tetapi hakikatnya ialah semakin maju perniagaan anda maka semakin perlulah anda untuk membiasakan diri dengan perkara-perkara baru. Hess menegaskan bahawa terlalu ramai usahawan yang tidak faham bahawa memulakan perniagaan itu, sebenarnya, hanyalah satu permulaan.

"Setiap peringkat keuntungan-semakin banyak yang anda dapat-anda perlulah sentiasa menjadi lebih baik," dia berkata. "Orang dan proses yang anda selia pada peringkat RM 5 juta adalah tidak sama dengan peringkat RM 20 juta."

Disebabkan anda memerhati jumlah pengurus yang semakin ramai, Hess berkata, anda sebenarnya mengambil alih tugas sebagai seorang pemimpin dan pengajar. Pada peringkat ini, pendekatan yang lembut serta komunikasi yang positif-ambil tahu mengenai setiap pengurus anda dan memikirkan cara untuk memotivasikan mereka-amatlah perlu.

Pemilik perniagaan yang berjaya faham bahawa keusahawanan adalah satu proses pembelajaran yang tiada akhirnya. "Anda sampai pada satu keadaan dimana anda tidak dapat mengawal semuanya," Hess berkata. "Maka dari situ anda haruslah percaya dan kerana itulah anda perlu berhadapan dengan orang lain secara berhemah. Ianya lebih daripada sekadar kerja. Ianya ialah transformasi diri."

Sunday, April 8, 2012

Usahawan Remaja Kreatif Jana Pendapatan Dengan Lilin Maskulin

Hart Main, pemuda berusia baru 14 tahun merupakan pengasas kepada syarikat ManCans di Marysville, Ohio. ManCans menjual pelbagai jenis lilin yang disasarkan kepada golongan lelaki dan telah beroperasi sejak dari November 2010.

Main mendapat idea kreatif untuk mencipta produk tersebut apabila beliau mengusik adik perempuannya yang menjual lilin untuk projek amal dan memberitahu adiknya itu tentang mungkin ianya satu benda yang menarik jika terdapat lilin berbau kelelakian. "Saya fikir seperti rumput, kulit, habuk kayu.." Main berkata.

"Ianya hanyalah sekadar gurauan," Main menambah. "Adik saya betul-betul merasakan saya tidak akan berbuat apa tentang perkara tersebut." Untuk membuktikan bahawa dia serius, Main menggunakan duitnya sendiri sebanyak USD 100 dan juga pinjaman USD 200 dari ibubapanya tetapi dengan syarat-jika Main tidak dapat membayar balik duit mereka daripada hasil jualan lilinnya, elaunnya hendaklah dipotong. Main juga berbekal dengan motivasi untuk memiliki sebuah motorsikal yang akan digunakan dalam triathlon (yang mana dia telah membelinya dalam masa sebulan ManCans beroperasi).



Antara bau lilin yang ditawarkan ialah kopi, habuk kayu, rumput yang baru ditebas, New Mitt, pizza jenis New York dan Dirt (tanah). Bau yang baru biasanya dibuat berdasarkan permintaan dan antara yang pelik ialah bauan najis lembu (bila ditanya samada bau itu akan dijadikan produk wajib, dia menjawab, "Uh, tidak.", dan juga daging dan stik.

Hart Main, pengasas ManCans.
Gambar natalie brasington.
Pelanggan bagi produk ini biasanya ialah orang dewasa, seimbang samada lelaki atau wanita. Kebanyakan pesanan borong adalah datangnya daripada kedai-kedai golongan dewasa. "Ada banyak jenis," dia berkata. "Satunya ialah kedai kasut, satu lagi ialah kedai kereta."

Ditanyakan mengenai pemasaran, Main menjawab, "Saya bermula di bandar Marysville dengan masuk ke beberapa kedai dan berkata, 'Saya hasilkan lilin-lilin ini, bolehkah saya jualkannya di kedai anda sebagai konsainan?'" Dia menambah, "Ramai daripada mereka bersetuju." Sebagai pelajar, Main tidak mempunyai banyak masa tetapi masih berjaya untuk memasarkan produknya itu ke beberapa kedai tempatan dan 60 lagi di seluruh Amerika Syarikat. Main memberitahu bahawa kebanyakan daripada jualan adalah daripada web jualannya, Man-Cans.com. Setakat ini, telah lebih 9,000 unit terjual diseluruh negara. Harga yang ditawarkan ialah USD 9.50 per ManCan; borong sebanyak 20 dan lebih akan mendapat diskaun.

Sekarang Main akan fokus kepada pelajaran pada musim luruh, tetapi dia mengatakan akan terus kekal dengan ManCan sekurang-kurangnya hinggalah semua pesanan di penuhkan. "Ianya memerlukan banyak kerja, tetapi saya bersyukur kerana telah memulakannya," dia berkata. "Banyak pelajaran telah saya peroleh. Ianya telah mengajar saya tentang apa yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dan juga perkara-perkara yang menarik minat saya."

Saturday, April 7, 2012

Satu Idea Bernilai Jutaan Dolar Amerika Oleh Seorang Pemuda

Musim luruh 2007, Seth Priebatsch mendaftar sebagai seorang pelajar baru di Universiti Princeton, Amerika Syarikat. Setahun kemudian, dia mengambil keputusan untuk keluar dari universiti tersebut. Pada 2011, dia menjadi ketua kepada sebuah syarikat bernilai 9 angka.


Pemuda berusia 23 tahun ini adalah pemilik kepada Scavngr, sebuah sistem permainan canggih berdasarkan kepada lokasi di dunia nyata. Tidak cukup dengan itu, beliau juga bertanggungjawab kepada penubuhan LevelUp, sebuah perkhidmatan pembayaran mudah alih.


Bakat keusahawanan pemuda ini terbentuk sejak beliau berada di bangku sekolah lagi. Pada ketika itu, beliau menubuhkan Postcard Tech iaitu sebuah perniagaan percetakan. Pemuda yang berani dan berfikiran jauh ini pernah menolak permohonan menyambung pelajaran ke Universiti kerana tengah mengurus selia operasi syarikat di Hong Kong dan pusat pengedaran di Boston.


Scvngr memberikan pengalaman permainan
menarik kepada pengguna Android dan 
iPhone.
Di Princeton, Seth menukar perhatian kepada sesuatu yang dari berlainan bidangnya; permainan. "Saya berasa begitu tertarik dengan betapa minatnya saya dan ahli jabatan kejuruteraan dalam permainan." Dia menambah, "..tapi saya juga suka untuk melakukan aktiviti di luar."


Beliau yang berasa begitu bermotivasi untuk memindahkan mekanisma tipikal permainan video dari perkakasan tradisional kepada persekitaran luar, seterusnya meminta bantuan daripada seorang professor untuk membina sebuah demo platform permainan mudah alih dimana sesiapa sahaja boleh memberikan sumbangan. Hasilnya, demo tersebut memenangi pertandingan plan perniagaan sekolahnya dan melayakkan Priebatsch untuk menghadiri DreamIt Venture di Philadelphia.




Di sana, dia mula mengukuhkan lagi sistem tersebut seterusnya diberi nama Scvngr. "Ianya adalah permainan mudah alih secara realiti," dia menerangkan. Pemain mendaftar masuk di lokasi tertentu dan melakukan cabaran - teka-teki yang perlu diselesaikan, mengambil gambar di lokasi tertentu - untuk mendapatkan poin bagi mendapatkan ganjaran. Pemain, syarikat dan institusi boleh menetapkan lokasi mereka sendiri dan cabaran kedalam sistem, jadi ianya "di bina oleh seseorang seperti anda... Anda membuka ganjaran dan mengakses tempat-tempat tersebut, samada ianya dekat dengan tempat kerja anda atau sesuatu yang menarik di Institut Smithsonian.

Priebatsh mengambil keputusan untuk menangguhkan dahulu pengajian di Princeton kerana komitmennya yang semakin meningkat pada perniagaan beliau. "Orang mengatakan bahawa menjalankan perniagaan sambil belajar adalah sebenarnya satu pilihan dan merupakan sebuah resepi kejayaan, tapi sebenarnya bukan begitu," dia berkata. "Kalau anda mahu menjadikan perniagaan anda lebih besar sambil belajar, ianya samada anda berakhir dengan gagal dalam perniagaan dan gagal dalam pelajaran atau biasa sahaja di Universiti tetapi perniagaan anda perlu di tangguhkan dahulu sehingga anda telah bergraduan atau mengambil keputusan untuk betul-betul mengfokuskan pada perniagaan tersebut.

Dia memindahkan projeknya ke Boston dan mendapat pelaburan awal dari Highland Capital Partners sebanyak USD 750,000. Pada Disember 2009, syarikatnya berjaya mengumpul USD 4 juta dalam bentuk pembiayaan daripada Google Ventures. Pada Januari 2011, dengan penilaian USD 100 juta kepada syarikatnya telah membantu Scvngr untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak USD 15 juta lagi. Scvngr telah menarik 2 juta pengguna dan 5,000 syarikat besar sejak dilancarkan.

Thursday, April 5, 2012

Mengapa PKS Perlu ambil peduli mengenai 'status sosial' mereka

Dunia perniagaan pada masa sekarang telah jauh bezanya daripada apa yang kita ada pada tahun-tahun yang telah lepas. Penggunaan Facebook dan Twitter misalnya adalah normal untuk sesiapa pun hatta kepada PKS sekalipun.