Sunday, April 8, 2012

Usahawan Remaja Kreatif Jana Pendapatan Dengan Lilin Maskulin

Hart Main, pemuda berusia baru 14 tahun merupakan pengasas kepada syarikat ManCans di Marysville, Ohio. ManCans menjual pelbagai jenis lilin yang disasarkan kepada golongan lelaki dan telah beroperasi sejak dari November 2010.

Main mendapat idea kreatif untuk mencipta produk tersebut apabila beliau mengusik adik perempuannya yang menjual lilin untuk projek amal dan memberitahu adiknya itu tentang mungkin ianya satu benda yang menarik jika terdapat lilin berbau kelelakian. "Saya fikir seperti rumput, kulit, habuk kayu.." Main berkata.

"Ianya hanyalah sekadar gurauan," Main menambah. "Adik saya betul-betul merasakan saya tidak akan berbuat apa tentang perkara tersebut." Untuk membuktikan bahawa dia serius, Main menggunakan duitnya sendiri sebanyak USD 100 dan juga pinjaman USD 200 dari ibubapanya tetapi dengan syarat-jika Main tidak dapat membayar balik duit mereka daripada hasil jualan lilinnya, elaunnya hendaklah dipotong. Main juga berbekal dengan motivasi untuk memiliki sebuah motorsikal yang akan digunakan dalam triathlon (yang mana dia telah membelinya dalam masa sebulan ManCans beroperasi).



Antara bau lilin yang ditawarkan ialah kopi, habuk kayu, rumput yang baru ditebas, New Mitt, pizza jenis New York dan Dirt (tanah). Bau yang baru biasanya dibuat berdasarkan permintaan dan antara yang pelik ialah bauan najis lembu (bila ditanya samada bau itu akan dijadikan produk wajib, dia menjawab, "Uh, tidak.", dan juga daging dan stik.

Hart Main, pengasas ManCans.
Gambar natalie brasington.
Pelanggan bagi produk ini biasanya ialah orang dewasa, seimbang samada lelaki atau wanita. Kebanyakan pesanan borong adalah datangnya daripada kedai-kedai golongan dewasa. "Ada banyak jenis," dia berkata. "Satunya ialah kedai kasut, satu lagi ialah kedai kereta."

Ditanyakan mengenai pemasaran, Main menjawab, "Saya bermula di bandar Marysville dengan masuk ke beberapa kedai dan berkata, 'Saya hasilkan lilin-lilin ini, bolehkah saya jualkannya di kedai anda sebagai konsainan?'" Dia menambah, "Ramai daripada mereka bersetuju." Sebagai pelajar, Main tidak mempunyai banyak masa tetapi masih berjaya untuk memasarkan produknya itu ke beberapa kedai tempatan dan 60 lagi di seluruh Amerika Syarikat. Main memberitahu bahawa kebanyakan daripada jualan adalah daripada web jualannya, Man-Cans.com. Setakat ini, telah lebih 9,000 unit terjual diseluruh negara. Harga yang ditawarkan ialah USD 9.50 per ManCan; borong sebanyak 20 dan lebih akan mendapat diskaun.

Sekarang Main akan fokus kepada pelajaran pada musim luruh, tetapi dia mengatakan akan terus kekal dengan ManCan sekurang-kurangnya hinggalah semua pesanan di penuhkan. "Ianya memerlukan banyak kerja, tetapi saya bersyukur kerana telah memulakannya," dia berkata. "Banyak pelajaran telah saya peroleh. Ianya telah mengajar saya tentang apa yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dan juga perkara-perkara yang menarik minat saya."

0 komen:

Post a Comment