Seseorang yang memiliki perniagaan hendaklah menjadi lebih baik seiring dengan kemajuan perniagaannya itu. Mereka adalah pemimpin yang perlu berdepan dengan pelbagai masalah dan situasi dalam perniagaan. Tetapi bukan semuanya adalah seorang yang bijak berkomunikasi dengan orang lain, yang menjadikan perkara ini adalah satu perkara yang amat susah dalam evolusi seorang usahawan.
"Usahawan perlu sentiasa berubah dan bertambah baik seiring dengan peningkatan perniagaannya," kata Ed Hess, penulis buku Grow to Greatness; Smart Growth for Entrepreneurial Business.
Beliau juga yang merupakan seorang professor di Universiti Virginia telah banyak mengkaji perniagaan berdaya maju dan nilai yang biasa dikaitkan dengan pemimpin mereka. Kajiannya menunjukkan apabila sesebuah perniagaan bertambah maju, usahawan yang cemerlang akan melalui beberapa tahap; dari pemilik kepada pengurus kepada pemimpin kepada pakar. Dalam peralihan tahap-tahap tersebut, mereka selalunya perlu menerima kualiti diri yang bertentangan dengan prinsip usahawan buat-cara-saya yang mereka pakai sebelum ini. Inilah yang dinamakan mewakilkan kerja dan kepercayaan.
Professor dan penulis Ed Hess berkata usahawan perlu belajar untuk mewakilkan tugas kepada orang lain. Gambar oleh Casey Templeton. |
"Pada permulaan, andalah yang melakukan segalanya," dia berkata. "Anda hidup dan bermati-matian untuk tujuan ini. Apabila anda sampai ke tahap mewakilkan kerja kepada orang lain, anda sedar bahawa orang lain tidak akan melakukannya berdasarkan kepada apa yang anda inginkan."
Disitulah kepercayaan memainkan peranan. Bukankah mewakilkan itu bermaksud mempercayai seseorang secara tersirat untuk menyiapkan sesuatu perkara? "Mewakilkan kerja adalah satu perkara emosional," akui Hess. "Macamana anda dapat mempercayai seseorang untuk menjaga sesuatu yang anda sangat sayangi?"
Tetapi hakikatnya ialah semakin maju perniagaan anda maka semakin perlulah anda untuk membiasakan diri dengan perkara-perkara baru. Hess menegaskan bahawa terlalu ramai usahawan yang tidak faham bahawa memulakan perniagaan itu, sebenarnya, hanyalah satu permulaan.
"Setiap peringkat keuntungan-semakin banyak yang anda dapat-anda perlulah sentiasa menjadi lebih baik," dia berkata. "Orang dan proses yang anda selia pada peringkat RM 5 juta adalah tidak sama dengan peringkat RM 20 juta."
Disebabkan anda memerhati jumlah pengurus yang semakin ramai, Hess berkata, anda sebenarnya mengambil alih tugas sebagai seorang pemimpin dan pengajar. Pada peringkat ini, pendekatan yang lembut serta komunikasi yang positif-ambil tahu mengenai setiap pengurus anda dan memikirkan cara untuk memotivasikan mereka-amatlah perlu.
Pemilik perniagaan yang berjaya faham bahawa keusahawanan adalah satu proses pembelajaran yang tiada akhirnya. "Anda sampai pada satu keadaan dimana anda tidak dapat mengawal semuanya," Hess berkata. "Maka dari situ anda haruslah percaya dan kerana itulah anda perlu berhadapan dengan orang lain secara berhemah. Ianya lebih daripada sekadar kerja. Ianya ialah transformasi diri."
0 komen:
Post a Comment